Friday, 28 December 2012

pemikiran kritikal


DEFINISI KONSEPTUAL PEMIKIRAN KRITIKAL

Terdapat pelbagai tafsiran tentang pemikiran kritikal. 
Berikut dikemukakan beberapa
 definisi
pemikiran kritikal oleh beberapa pengkaji dan ahli fikir:

1)  Beyer (1985) berpendapat, pemikiran kritikal adalah kebolehan manusia untuk
membentuk konsep, memberi sebab atau membuat penentuan.

2 ) Pascarella dan Terenzini (1991, 2005) pula mendefinisikan pemikiran kritikal sebagai kebolehan individu untuk melakukan perkara-perkara berikut: mengenalpasti isu-isu utama dan membuat andaian untuk dibahaskan, mengenalpasti hubungan penting berkaitan isu-isu yang dibincangkan, membuat inferensi dan rumusan yang tepat daripada maklumat dan data yang ada, dan seterusnya menginterpretasi kesimpulan serta menilai
bukti.

--> Umumnya, kebanyakan ahli fikir bersetuju bahawa pemikiran kritikal dapat dikaitkan
dengan proses menggunakan minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Ini  bermakna, pemikiran kritikal ialah satu proses intelektual yang melibatkan pembentukan konsep (conceptualizing), aplikasi, analisis, sintaksis, dan menilai informasi yang terkumpul atau dihasilkan melalui pengamatan, pengalaman, refleksi, pentaakulan, atau komunikasi sebagai landasan kepada satu keyakinan dan tindakan. 
Ini adalah selari dengan pendapat Dr. Richard
Paul, Pengasas dan Pengarah kepada The Center for Critical Thinking, satu badan yang terkenal  dengan penglibatannya dalam pemikiran kritis di Amerika Syarikat.

KEPENTINGAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL

-->    Kini kita hidup di dalam masyarakat yang sangat kompleks dan berkembang maju. Maklumat dan ilmu pengetahuan sering kali berubah. Tambahan pula dengan kemajuan sains dan teknologi yang semakin canggih menyebabkan penyebaran ilmu dan maklumat berlaku dengan cepat. Jadi kita seharusnya bersedia dan sentiasa terbuka untuk terus menimba ilmu pengetahuan bagi menempuh cabaran yang bakal ditempuhi. Menurut Chaffee (1997) yang menyatakan bahawa proses belajar dan berfikir adalah proses yang saling berkait sepanjang hayat. Dalam kehidupan seharian kita sering diajukan dengan soalan-soalan yang mencabar minda dan kritis. Manakala dalam bidang pendidikan juga kita sering berhadapan dengan situasi yang memerlukan kita menyoal soalan yang releven kemudian disokong dengan fakta yang kukuh tentang sesuatu isu yang telah dinyatakan serta memperolehi suatu rumusan berdasarkan kajian yang telah dijalankan. Jelaslah di sini terdapat keperluan untuk kita mempersiapkan masyarakat secara amnya, dan para pelajar khususnya untuk memiliki kemahiran berfikir secara kritikal bagi menhadapi cabaran globalisasi. Menurut pakar-pakar pendidikan (Goldman, Hasselbring et. Al. 1997; Montague, Wagner & Morgan 2000) yang menegaskan keperluan untuk mempersiapkan diri dengan kemahiran-kemahiran seperti kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran komunikasi berkesan, kemahiran membuat keputusan dan sebagainya. Manakala dalam Cornell Critical Thinking Skills (1989) menekankan keperluan untuk mengintegrasikan kemahiran berfikir di dalam kurikulum di peringkat pengajian tinggi. Jadi adalah penting bagi seseorang graduan untuk memperolehi kemahiran berfikir untuk menjadi pemimpin yang efektif.

 ini merupakan salah satu kajian yang dibuat berkaitan pemikiran kritikal dan penyelasaian masalah

perkongsian berkaitan PM & PSH


***UNTUK PENGETAHUAN SEMUA, RAMAI PIHAK YANG SANGAT MENGAMBIL BERAT TENTANG PERKARA INI… BANYAK UNIVERSITI TELAH MENJADIKAN TAJUK INI SEBAGAI SALAH SATU
 TOPIK DALAM SUKATAN PEMBELAJARAN… 
 SILA LIHAT DI SINI : [upm]


*** INI MERUPAKAN SATU KURSUS YANG DIANJURKAN BAGI MENINGKATKAN KESEDARAN PEMBELAJARAN 
SEPANJANG HAYAT : singgah sebentar =)


***SEMINAR YANG DIANJURKAN



 
***KERATAN AKHBAR




RUMUSAN

Kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat adalah saling berkait antara satu sama lain. Kebolehan individu menggarap pengetahuan dari masa ke semasa dengan kebijaksanaan menguasai pelbagai kaedah dan teknik komunikasi yang mudah dan mampu menganalisi segala maklumat yang datang, serta berkebolehan mencerakinkan pada tempatnya yang wajar membuktikan potensi sebagai insan kian terserlah. Insan sebagai khalifah ALLAH SWT sebenar menggunakan maklumat bukan untuk dicemarkan hubungan sesama manusia dan melakukan fitnah serta mengaibkan manusia, tetapi sebaliknya mengharmonikan suasana dan menjelaskan realiti kebenaran sebagai seorang insan yang bermaruah dan bertanggungjawab untuk mewujudkan kebaikan dan kesejahteraan bersama di dunia dan selanjutnya di akhirat.


MEMETIK KATA-KATA SEORANG ILMUAN:



“Dalam organisasi sekarang,  setiap daripada kita perlu bertanggungjawab memperoleh maklumat kerana maklumat adalah peralatan utama bagi melakukan segala-galanya. Namun yang lebih penting lagi adalah kita perlu tahu menggunakan maklumat tetapi sangat sedikit antara kita yang celik maklumat.”

  -Peter Drucker-

[nukilan siti aisyah]

RENCANA --> PSH


ARKIB : 22/05/2009

Islam menuntut pembelajaran sepanjang hayat

Oleh SITI SHAMSIAH MOHD. SUFI

LAPORAN oleh Paul Lengrand dari Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dianggap sebagai perintis kepada konsep pembelajaran sepanjang hayat. Tetapi sebenarnya konsep itu tidak asing dalam Islam.
Islam tidak bermula dengan arahan untuk menyembah Allah SWT sebagai pencipta makhluk tetapi dengan suruhan membaca. Islam merupakan agama yang teliti dan ketelitian itu bermula dari peringkat pengenalan lagi.
Manusia perlu mengenali Tuhannya dengan ilmu. Selanjutnya, manusia harus terus menyusuri hidup dengan pembelajaran secara berterusan. Ia bukan sahaja dapat memastikan kelangsungan hidup tetapi hidup secara bermaruah dan bermakna.
Itulah sebabnya Rasulullah SAW menjelaskan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abd al-Barr bahawa mencari ilmu pengetahuan adalah kewajipan setiap Muslim. Kewajipan mencari ilmu itu seharusnya difahami sebagai proses sepanjang hayat.
Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Tabrani, Abu Na'im dan Ibn Abd al-Barr, Baginda menyatakan bahawa tidak ada makna bagi hari yang dilalui sekiranya tidak berlaku penambahan ilmu yang sifatnya boleh menambah nilai ketaqwaan.
Sebenarnya, banyak ayat al-Quran dan sunnah Nabi SAW yang menggesa umat Islam untuk mencari ilmu pengetahuan yang bermanfaat. Malah, bagi mereka yang memasuki dunia pencarian ilmu, Allah SWT menjanjikan banyak pahala dan kedudukan yang baik.
Antara kemuliaan yang diberikan oleh Allah SWT kepada golongan ilmuwan ialah seperti yang dalam ayat 18 Surah Ali Imran yang menjelaskan bahawa kesaksian tentang kewujudan Allah 'Azza wa Jalla adalah (melainkan) Diri-Nya sendiri, para malaikat dan orang-orang yang berilmu pengetahuan.
Imam al-Ghazali menyatakan, ayat ini sudah cukup membuktikan betapa mulia dan utama kedudukan yang diberikan Allah SWT kepada orang-orang yang berilmu.
Seharusnya kita menginsafi bahawa di akhirat nanti menanti anugerah dan ganjaran. Ilmu yang ditimba banyak memberi manfaat kepada diri sendiri. Apabila ia memberi manfaat kepada diri, ia juga merantaikan manfaat kepada masyarakat dan negara. Oleh itu, tenaga dapat dimaksimumkan. Keadaan ini akan membentuk sebuah negara yang cekap dalam membuat pilihan dan keputusan.
Dalam proses pembelajaran sepanjang hayat terdapat empat tunjang iaitu pembelajaran untuk mengetahui, pembelajaran untuk melakukan, pembelajaran untuk menjadi apa atau siapa dan pembelajaran untuk tinggal bersama.
Empat tunjang ini membentuk proses pembelajaran yang sempurna.
Selanjutnya banyak proses pembelajaran untuk golongan dewasa berlaku secara tidak formal dan ini memang suatu realiti kehidupan manusia.
Apa yang berlaku di sekeliling kita adalah suasana serta keadaan yang sangat radikal daripada sudut transformasi sosial. Keadaan ini menyebabkan perubahan-perubahan ketara terhadap tabii kerja dan gaya hidup.
Perubahan ini menjadi cabaran kepada semua orang dan hanya melalui pembelajaran yang berterusan, cabaran dapat diatasi. Bukan itu sahaja, apabila ia boleh betah dengan keadaan yang telah berubah, ilmu yang dimiliki akan menjadikan cabaran itu dapat diolah semula sebagai sesuatu yang memberi manfaat dan kesenangan.
Antara contoh mudah ialah, apabila terdapat hasil teknologi baru yang diperkenalkan kepada golongan pekebun yang telah berumur dan teknologi tersebut boleh memberi kesenangan kepada pekerjaan mereka.
Golongan pekebun ini mempunyai pilihan untuk membiarkan sahaja kehadiran peralatan tersebut dan meneruskan amalan secara tradisi. Akan tetapi sekiranya mereka memanfaatkan teknologi tersebut, sudah pasti produktiviti akan bertambah. Masa dapat dijimatkan dan memberi tambahan masa berkualiti untuk keluarga serta bermasyarakat, dan seterusnya kehidupan mereka akan bertambah senang.
Bagi membentuk rakyat negara ini sebagai masyarakat yang menjadikan pembelajaran sepanjang hayat sebagai budaya, kerajaan telah meletakkan tumpuan dan keprihatinan yang tinggi menerusi Rancangan Malaysia 2006-2010. Dalam satu laporan oleh UNESCO, terdapat cadangan untuk membangunkan masyarakat yang prihatin dalam pencarian ilmu, iaitu semua agensi yang terdapat dalam masyarakat yang terlibat menjadi penyumbang kepada pendidikan dan perubahan pendidikan.
Sementara itu, semua ahli masyarakat diberi galakan untuk melibatkan diri dalam proses pembelajaran tanpa had masa. Namun, sebagai warga yang mendakwa telah memiliki pemikiran dan jiwa yang merdeka, kita sepatutnya tidak perlu menunggu saranan, dasar atau sebarang polisi untuk bertindak. Kesedaran itu sepatutnya telah menjadi darah daging dan ia diturunkan kepada generasi muda seawal mungkin.
PENULIS ialah Pegawai Penyelidik Pusat Syariah, Undang-undang dan Sains Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).


© Utusan Melayu (M) Bhd

[nukilan siti aisyah]

PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT



SETIAP YANG  KITA  BUAT,  SEMESTINYA  ADA  TUJUANNYA…
TAK GITU???  
 ADA KE PERKARA YANG KAWAN-KAWAN BUAT TAPI TAK ADA TUJUAN??? 
TAK KE SIA-SIA NAMA NYA…
 BAIK GOYANG KAKI JE ATAS KERUSI EMPUK..HUHU…
HAAA… UNTUK PENGETAHUAN SEMUA,

 KITA BELAJAR BAB INI BERTUJUAN UNTUK:
  •   Merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran.
  •   Meneroka isu atau masalah yang memerlukan penyelesaian masalah secara sendiri
  •   Mengumpulkan dan mengurus maklumat secara kendiri.

OK… SETELAH  KITA  DAH  KOREK  DENGAN MENDALAM SEGALA ILMU DALAM BAB INI…
                                               INI LAH 

 HASIL YANG BAKAL KITA PEROLEHI :           
  •   Mampu merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran.
  •   Mampu meneroka isu/masalah yang memerlukan penyelesaian masalah secara sendiri.
  •   Mampu mengumpulkan dan mengurus maklumat secara kendiri.

KAWAN-KAWAN BOLEH  LIHAT JUGA  ANTARA  HASIL PEMBELAJARAN  YANG AkAN DIPEROLEHI : ~hasil pembelajaran~


MESTI KAWAN-KAWAN TERFIKIR, UNTUK APA LAH KITA BELAJAR BENDA NI…
APA YANG SUSAHNYA, NAK DAPAT MAKLUMAT CARI… ITU JE YANG PENTING… HAAA… 
KALAU KAWAN-KAWAN TERFIKIR MACAM TUH… MEH  SINI… BACA APA SEBENARNYA 

KEPENTINGAN KAWAN-KAWAN BELAJAR BENDA NI…


1. Pada peringkat individu, ia boleh membantu individu merancang  strategi untuk mendapat kemahiran dan pengetahuan untuk meningkatkan kerjaya mereka.



2. Dapat menguasai pelbagai kemahiran terkini.



3. Pada peringkat organisasi, pengurusan pengetahuan juga dapat membantu organisasi dalam memperbaiki keberkesanan dan kecekapan, memperbaiki kedudukan pasaran, memperbaiki komunikasi antara pekerja, meningkatkan sinergi antara pekerja, dan membolehkan pembelajaran menjadi lebih lebih berkesan dan cekap.(Beijerse 1999).



4.  Amat releven dalam aspek isu semasa bagi menghasilkan keputusan yang betul mengenai isu-isu yang penting dalam kehidupan seharian.



5.  Berupaya mengembangkan potensi seseorang itu melalui proses pembelajaran berterusan yang dapat memotivasi dan membolehkan sesorang individu itu menguasai ilmu, menghayati nilai murni dan memperluaskan pengalaman hidup supaya individu itu berupaya menangani cabaran hidup dengan yakin serta kreatif.



6. Penguasaan PSH adalah sejajar dengan kehendak social dan ekonomi semasa yang mendorong individu menjadi aktif demi kebaikan diri sendiri.(Zahiyah dan Abdul Razak 2010)


SEBELUM MENGETAHUI LEBIH LANJUT… 
JOM KETAHUI TERLEBIH DAHULU APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ……

1)     PENGURUSAN MAKLUMAT

Pengurusan maklumat adalah agar maklumat-maklumattersebut secara lebih teratur,mudahdifahami ,mudah dicapai danmemenuhi kehendak pengguna.

 Kegagalan untuk memenuhi mana-mana bahagian akan menyebabkan sumber maklumat yang diuruskan itu mengalami sedikit ‘gangguan’ atau ‘kegagalan fungsi’, yang akan mengganggu kelancaran organisasi dan proses pembuatan keputusan.

2)     PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Pembelajaran sepanjang hayat(PSH) merupakan satu proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi samaada secara formal atau tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan ditempat kerja.Daya saing global dan kepelbagaian keperluan telah mendesak individu supaya sentiasa memperbaharui pengetahuan dan kemahiran mereka


CABARAN YANG DIHADAPI

Ialah bagaimana untuk meningkatkan penyertaan lebih ramai dikalangan orang awam tanpa mengira had umur untuk menyertai PSH.

STARTEGI YANG DIPERLUKAN
  •   Meningkatkan mekanisme dan prasarana untuk memudahkan PSH sebagai alat menambah pelbagai ilmu dan kemahiran mengikut minat dan kehendak dalam memperkaya kualiti hidup individu.
  •   Meningkatkan kesedaran dan penyertaan dalam kalangan orang awam supaya dapat memanfaatkan potensi kendiri melalui PSH agar dapat menghasilkan impak positif dari segi produktiviti ,daya saing dan keboleh pasaran melalui peningkatan promosi PSH
  •   Memelihara kesinambungan dan pengiktirafan PSH
  •   Menyediakan sokongan pembiayaan yang sewajarnya bagi membudayakan PSH



LITERASI MAKLUMAT

Diperkenalkan pada pertengahan tahun 1980-an oleh AMERICAN LIBRARY ASSOCIATION (ALA)
Di Amerika Syarikat pencarian maklumat dicipta oleh Michael B.Eisenberg dan Robert Berkowitz pada tahu 1987 yang dinamakan Big Six Skills atau Enam Kemahiran Utama

BERMAKSUD

Mempunyai pengetahuan yang secukupnya untuk menggunakan sesuatu

Literasi Maklumat juga boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk :
mengekses dan menilai maklumat bagi membuat pemilihan dan menyelesaikan permasalahan secara efektif.


Dalam Islam itu sendiri mengatakan carilah ilmu, tuntutlah ilmu, hayatilah ilmu, gunakanlah ilmu, sebarkanlah ilmu, gunakan ilmu untuk merubah masyarakat kepada yang lebih baik dan ilmu sebagai alat untuk mendekatkan diri kepada Allah. Memandangkan kemahiran ini adalah lanjutan dan perkembangan kepada kemahiran penggunaan dan pengurusan perpustakaan secara berkesan, tanggungjawab memperkembangkan literasi maklumat di sekolah ia adalah tanggungjawab bersama guru penyelaras pusat sumber, guru-guru mata pelajaran dan juga agensi-agensi luar



TIGA KOMPENAN ASA DALAM LITERASI MAKLUMAT:
  •   AKSES
  •   PENILAIAN
  •   PENGGUNAAN MAKLUMAT
[nukilan siti aisyah]