Friday, 28 December 2012


Wanita Malaysia terus menyinar


SUMBANGAN kaum wanita dalam memajukan negara merupakan satu perkara yang tidak dapat disangkal lagi.
Bukan sahaja selepas negara mengecapi kemerdekaan, malah kaum wanita turut berhempas-pulas dan melakukan pelbagai pengorbanan untuk memastikan negara ini bebas daripada penjajah.
Sebagai usaha untuk tidak meminggirkan kaum yang sering dilihat lemah itu, kerajaan bertindak menyediakan pelbagai peluang dan ruang untuk wanita tampil sebagai pemimpin, individu nombor satu dan pelakar sejarah.
Oleh itu tidak hairanlah apabila setiap wanita dapat menonjolkan diri mereka dalam pelbagai bidang dan terus mencatatkan sejarah buat negara sehingga hari ini.
Lebih membanggakan, usaha gigih dan pengorbanan kaum hawa yang terikat dengan tugas hakiki turut dapat menaikkan nama Malaysia di mata dunia.
Bukitnya jelas, dalam setiap bidang, kaum hawa kini dapat menyaingi lelaki, mereka mampu memainkan pelbagai peranan mencabar dan dinamik untuk memastikan wanita dapat membantu lelaki memajukan negara.
Bermula dengan pemimpin berdedikasi seperti Tan Sri Cempaka Kontik Kamariah, beliau kemudian menjadi model kepada generasi seterusnya untuk bangun menjadi sebahagian daripada individu penting dalam kerajaan.
Semangat yang ditunjukkan oleh pemimpin wanita lain seperti Allahyarham Tun Fatimah Hashim sebagai Menteri Kabinet pertama antara pencetus semangat kepada kaum hawa untuk terus berusaha.
Bermula dengan sistem pendidikan yang tidak mendiskriminasi kaum wanita sejak sebelum merdeka, mereka kemudian diperkuatkan oleh dasar-dasar progresif ke arah memajukan wanita yang di sediakan oleh kerajaan.
Oleh itu tidak hairanlah apabila generasi wanita seterusnya dapat mengusai pelbagai bidang seperti sukan, politik, hiburan dan pendidikan serta memimpin pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Kecenderungan wanita untuk terus bersaing semakin terserlah bermula sekitar awal 1980-an sehingga hari ini setelah mereka dapat mengisi slot kejayaan dalam pelbagai bidang.
Tan Sri Siti Norma Yaakob, berjaya meletakkan dirinya sebagai hakim wanita pertama sebelum disusuli dengan kejayaan Tan Sri Zeti Akhtar Ungku Abdul Aziz dilantik sebagai Gabenor Bank Negara wanita pertama.
Dalam bidang sukan, kejutan demi kejutan telah ditunjukkan oleh kaum wanita, sebagai contoh Datuk Nicol Ann David membuktikan kehebatan wanita Malaysia untuk menguasai sukan skuasy dunia.
Bukan setakat pernah menempah nama sebagai juara dunia, tetapi beliau berjaya mempertahankan kejuaraan sejak beberapa tahun sekali gus menjadikan Malaysia sangat dihormati di dalam sukan skuasy.
Semangat kental itu kemudian ditunjukkan pula oleh anak kelahiran Sarawak, Pandelela Rinong Pamg yang berjaya muncul sebagai atlet wanita pertama Malaysia menyumbang pingat Sukan Olimpik.
Pingat gangsa itu diperolehi melalui acara terjun pada temasya Olimpik London 2012.


Artikel penuh: -utusan on9-

No comments:

Post a Comment