DEFINISI
KONSEPTUAL PEMIKIRAN KRITIKAL
Terdapat
pelbagai tafsiran tentang pemikiran kritikal.
Berikut dikemukakan beberapa
definisi
pemikiran
kritikal oleh beberapa pengkaji dan ahli fikir:
1) Beyer (1985) berpendapat, pemikiran kritikal
adalah kebolehan manusia untuk
membentuk
konsep, memberi sebab atau membuat penentuan.
2 ) Pascarella dan Terenzini (1991, 2005) pula
mendefinisikan pemikiran kritikal sebagai kebolehan
individu untuk melakukan perkara-perkara berikut: mengenalpasti isu-isu utama dan
membuat andaian untuk dibahaskan, mengenalpasti hubungan penting berkaitan
isu-isu yang dibincangkan, membuat inferensi dan rumusan yang tepat daripada maklumat dan
data yang ada, dan seterusnya menginterpretasi kesimpulan serta menilai
bukti.
--> Umumnya, kebanyakan ahli fikir
bersetuju bahawa pemikiran kritikal dapat dikaitkan
dengan proses
menggunakan minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Ini bermakna,
pemikiran kritikal ialah satu proses intelektual yang melibatkan pembentukan
konsep (conceptualizing),
aplikasi, analisis, sintaksis, dan menilai informasi yang terkumpul atau dihasilkan
melalui pengamatan, pengalaman, refleksi, pentaakulan, atau komunikasi sebagai landasan
kepada satu keyakinan dan tindakan.
Ini adalah selari dengan pendapat Dr.
Richard
Paul,
Pengasas dan Pengarah kepada The Center for Critical Thinking, satu badan yang
terkenal dengan
penglibatannya dalam pemikiran kritis di Amerika Syarikat.
KEPENTINGAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN
KRITIKAL
--> Kini kita hidup di dalam masyarakat
yang sangat kompleks dan berkembang maju. Maklumat dan ilmu pengetahuan sering
kali berubah. Tambahan pula dengan kemajuan sains dan teknologi yang semakin
canggih menyebabkan penyebaran ilmu dan maklumat berlaku dengan cepat. Jadi
kita seharusnya bersedia dan sentiasa terbuka untuk terus menimba ilmu
pengetahuan bagi menempuh cabaran yang bakal ditempuhi. Menurut Chaffee (1997)
yang menyatakan bahawa proses belajar dan berfikir adalah proses yang saling
berkait sepanjang hayat. Dalam kehidupan seharian kita sering diajukan dengan
soalan-soalan yang mencabar minda dan kritis. Manakala dalam bidang pendidikan
juga kita sering berhadapan dengan situasi yang memerlukan kita menyoal soalan
yang releven kemudian disokong dengan fakta yang kukuh tentang sesuatu isu yang
telah dinyatakan serta memperolehi suatu rumusan berdasarkan kajian yang telah
dijalankan. Jelaslah di sini terdapat keperluan untuk kita mempersiapkan
masyarakat secara amnya, dan para pelajar khususnya untuk memiliki kemahiran
berfikir secara kritikal bagi menhadapi cabaran globalisasi. Menurut
pakar-pakar pendidikan (Goldman, Hasselbring et. Al. 1997; Montague, Wagner
& Morgan 2000) yang menegaskan keperluan untuk mempersiapkan diri dengan
kemahiran-kemahiran seperti kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran
komunikasi berkesan, kemahiran membuat keputusan dan sebagainya. Manakala dalam
Cornell Critical Thinking Skills (1989) menekankan keperluan untuk
mengintegrasikan kemahiran berfikir di dalam kurikulum di peringkat pengajian
tinggi. Jadi adalah penting bagi seseorang graduan untuk memperolehi kemahiran
berfikir untuk menjadi pemimpin yang efektif.
ini merupakan salah satu kajian yang dibuat berkaitan pemikiran kritikal dan penyelasaian masalah
No comments:
Post a Comment